Friday, 22 November 2013

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum w.b.t

Dua minggu tak update blog, mesti ade yang tertanya-tanya mane lah ilang abam zoul ni. Kejap, ABANG?!!, ye lah dah boleh kawen kire kite panggil abang lah. Sebut pasal kawen plak, bertubi-tubi dah soklan aku dapat, bukan saje dari ibunda sendiri, malah sedara mara,sepupu sepapat,jiran tetangga dan lain-lain lagi lah.

Penat nak menjawab, aku decide "lari" dalam erti kata lain jalan-jalan la ke negeri lain la kejap sementara ade masa terluang, nanti dah sambung blaja xde dah mase nak jalan-jalan ni.. Tunggu nak masuk degree bulan 3 tahun depan kalau sambung terus ke UiTM, another uni's plak kemasukan diorang pada bulan 9, lambat tu kalau nak menunggu.

Tak usah pikir panjang, nak citer skit, minggu lepas aku ke Dungun, niatnye sebab nak jumpe MT (majlis tertinggi) kelas d'hoteliers batch 2012/2013. Lagi satu niat nak suprise-kann si HER ni, siap berpakat dgn along and mak die lagi. Malas nak tulis karangan panjang, biar gambar terangkan aktiviti aku sepanjang kat Dungun :)

 Drove from Kota Bharu - Dungun

view from Aina Rest House
Makan before watching Ender's Game kat Mesra Mall

Ber-KFC di rumah penasihat d'hoteliers
Stock malam ni ade 2 je lagi..sape2 nak sile PM!

No idea =.='

Tahniah to them!

ni baru kawan sampai mati ('',)

geng kaca mata kot.

inter frame!

The best resort in Dungun!!

Tahniah to puden,rozmi,tash and genna for your BIG day that time.. officially dah hbs korang nye diploma kan.. bulan 5 taun depan aku plak..jangan lupe dtg! 
So ni lah aktiviti aku minggu lepas :)

Au revior!

Friday, 8 November 2013

Kenali Bentuk Muka Anda.

Assalamulaikum w.b.t

Malam ni terasa gatal plak tangan ni nak update entry, perah punye perah dapatla idea ...
"Kenali Bentuk Muka Anda"
Kenape nak kenali muka kite plak?.. yelah stiap manusia dilahirkan dengan rupa paras berbeza
Klau sume sama xke bosan, so lain muka lain perangai lainla hati budi plak..kriiiik kriiik



Stop mumbling zoul!!, straight to the topic tonight laaa, you know men can do different styles to their hair, short hair can be style with spiky or short back and sides while long hair can styles with trim or layer and etc, But the main point here it's depends on individual to style it. Nice or Worse blakang cite la brader...



Secara asasnya, bentuk wajah menjadi panduan kepada penggayaan rambut. Lelaki kat dunia ni memiliki pelbagai bentuk wajah, empat segi, lonjong (oblong), bujur, bulat, segi tiga, berlian dan pear. So, penggayaan rambut mestila orang cakap masuk dengan bentuk muka :)

1. Empat segi (petak) - Bentuk wajah ini paling lazim dalam kalangan lelaki dan merupakan wajah paling versatil selepas bujur. Jika anda memiliki wajah ini, anda boleh dianggap bertuah kerana berwajah maskulin dan agak versatil. Anda sesuai menggayakan hampir apa sahaja gaya rambut termasuk keriting. Anda boleh membuat rambut spikey (cacak), flat dengan gaya messy. Seeloknya, lakukan potongan clean cut pada sekitar telinga. Selagi mana ia tidak menyembunyikan kemaskulinan wajah anda, anda digalakkan menggayakannya. Elakkan rambut melepasi dagu. Contoh artis: David Beckham

2. Bujur - Bentuk wajah seperti telur ini, agak feminin tetapi bertuah kerana boleh disesuaikan dengan apa jua gaya rambut. Anda sesuai untuk berambut pendek atau panjang. Ini kerana, anda mempunyai garis rambut pada dahi yang versatil. Potongan rambut bertingkat serba sedikit menyuntik ciri maskulin. Contoh artis: Kid Rock

3. Bulat - Muka bulat sering dilambangkan sebagai bermuka penuh dengan garis dahi dan garis dagu yang bulat serta nampak ketara pada pipi. Anda perlu memilih potongan rambut yang dapat mengurangkan 'kelembutan' pada garis rahang anda. Menipiskan bahagian tepi dan belakang nampak lebih baik. Elakkan memilih potongan rambut yang membuatkan wajah anda lebih bulat seperti keriting atau bob. Elakkan juga potongan rambut yang menutup dahi. Contoh artis: Alec Baldwin

4. Tiga segi - Wajah ini amat tirus di dagu tetapi dengan kombinasi wajah berbentuk petak. Agak sukar untuk memilih gaya rambut kerana gaya rambut yang dipilih perlulah tidak memperlihatkan dagu lebih tirus. Sebaiknya ikut seperti Justin Timberlake yang memotong rambut serapatnya dengan kepala serta berdekatan pelipis tetapi rambut di bahagian belakang biarkan panjang dan lebat. Contoh artis: Justin Timberlake

5. Berlian - Wajah ini mempunyai bahagian yang paling luas di tulang pipi tetapi menirus di dahi dan rahang. Jadi, anda seharusnya memilih potongan rambut yang dapat memberikan ilusi lebar. Anda sesuai berambut panjang dan sebenarnya sesuai bermisai atau janggut untuk menyeimbangkan bahagian wajah anda yang tirus. Potongan menutup dahi juga membantu. Elakkan potongan yang menambah ketinggian rambut seperti spikey atau terlalu pendek seperti potongan buzz. Contoh artis: Dave Navarro

6. Pear - Wajah ini menirus di bahagian atas tetapi melebar di bahagian bawah. Rahang dan dagu kelihatan lebih bersifat membulat. Wajah sebegini patut diseimbangkan dengan gaya rambut lebat di bahagian atas kepala dan sekitar pelipis. Contoh artis: Stevie Wonder

7. Lonjong (empat segi panjang) - Wajah ini mempunyai dahi yang tinggi dan dagu yang panjang. Wajah jenis ini juga tidak mempunyai banyak masalah. Anda boleh berambut panjang dengan potongan bertingkat atau potongan amat pendek buzz seperti Wenworth Miller. Potongan menutup dahi yang messy juga kelihatan baik untuk anda. Cuma, digalakkan anda tidak menambah panjang di bahagian atas rambut. Jika anda tambah, wajah anda akan kelihatan lebih panjang. Contoh artis: Ben Affleck

So, kat sini ade la a few gaya potongan rambut aku, tapi yang extreme macam botak tepi, mohawk ke, panjang ikat blakang ke, xde xde .. keep it simple je :)


pendek/belah tepi

panjang/loose/belah tepi jugak


pendek/spike